Wednesday 16 May 2012

Scorpene: Zahid diingat jangan rasa selamat

Harakahdaily, 17 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengingatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak terlalu yakin dengan status sebagai pemerintah di kerajaan negeri dan merasa selamat daripada didakwa di mahkamah Perancis di atas isu skandal pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di sana.


Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap kenyataan Zahid menggambarkan beliau sedang dalam kebimbangan yang berpanjangan dengan kes yang sedang dihadapinya.

Dalam kenyataannya, Zahid menafikan mahkamah Perancis mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung dengan alasan bahawa rakyat Malaysia tidak tertakluk dengan undang-undang negara itu.

“Mungkin kerana kegusaran beliau serta kebimbangan yang keterlaluan sehingga beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini,” kata Riduan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seharusnya Zahid merasa tenang dan sanggup berhadapan dengan realiti kes itu dan menyatakan kesediaannya memberikan kerjasama dengan mahkamah Perancis bagi memastikan keadilan tertegak di muka bumi ini.

Katanya, keengganan beliau untuk tampil di mahkamah Perancis hanya mengesahkan persepsi ramai bahawa beliau dan PM seperti terlibat dalam skandal yang besar dan memalukan negara.

Oleh itu, ujarnya DPPM menggesa supaya Ahmad Zahid supaya bersikap berani berhadapan demi kebenaran.

“Tidak ada apa yang perlu ditakutinya jika beliau dan Perdana Menteri berada dalam keadaan yang benar kerana mahkamah Perancis tidak membezakan antara rakyat biasa dan pemimpin negara dalam menentukan keadilan,” ujarnya.

Saturday 12 May 2012

Aishah serah borang jadi ahli PAS

Harakahdaily, 12 Mei 2012

(Aishah menyerahkan borang sertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz malam tadi - gambar Telok Bakong Blog)

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.

Ia berjalan di dewan besar, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar dalam majlis ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya".

Turut serta di majlis anjuran PAS Kawasan Batu itu adalah Tamrin Ghafar dan Datuk Seri Chua Jui Meng.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajaknya.

Dengan penyertaan Aishah, sudah ramai artis dan para sastrawan yang menyertai PAS.

DAP isytihar pemulauan penuh pada panel Hanif

DAP isytihar pemulauan penuh pada panel Hanif
DAP hari ini mengisytiharkan pemulauan penuh terhadap panel bebas bagi menyiasat dakwaan kekerasan dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu selagi ia diterajui oleh bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, walaupun Hanif mempertahankan diri dengan rekod prestasinya dalam suruhanjaya lain sebelum ini, tuduhannya terhadap perhimpunan BERSIH adalah kesilapan besarnya.

Hanif sebelum ini dilaporkan mendakwa BERSIH diresapi golongan komunis dan menyokong pandangan bahawa perhimpunan itu cubaan menggulingkan kerajaan.

NONE"Sebaliknya, dengan membuat tuduhan liar seperti itu, beliau berpotensi untuk menjadi saksi dan bukan ahli panel," katanya sambil menyifatkan ia konflik kepentingan yang jelas.

Semalam, Majlis Peguam juga membuat pendirian tidak akan mengambil bahagian dalam panel bebas itu dengan alasan yang sama.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga menyokong cadangan BERSIH supaya panel itu diketuai pelapor Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Frank La Rue, rakan sekerjanya Maina Kiai, serta penglibatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Hanif dilantik mengetuai enam anggota panel itu yang melibatkan bekas hakim, pengamal media dan ahli akademik di universiti.

Thursday 10 May 2012

JADUAL BULAN MEI MASJID ABU BAKAR AS SIDDIQ TAMAN GUAR PERAHU


JADUAL PROGRAM USTAZ ABU BAKAR BAKILANI BULAN MEI 2012






11/05/2012       =   KHUTBAH JUMAAT DI MASJID KUBANG SEMANG BUKIT MERTAJAM
(JUMAAT)       =  CERAMAH POLITIK & TAYANGAN VIDEO BERSIH DI PEKAN SIK

12/05/2012      =  CERAMAH POLITIK BERSAMA USTAZ SIDIQ NOOR DI GALERI PEJUANG   
(SABTU)             CHEROK TO'KUN     

13/05/2012      =  CERAMAH POLITIK BERSAMA USTAZ ABU KHAIR BIN AYOB DI KPG DUSUN  
(AHAD)              PENGAPIT SIK.

21/05/2012      =  CERAMAH POLITIK BERSAMA AISYAH KETUA SRIKANDI PKR PUSAT DI BERIS (ISNIN)              JAYA SIK.

26/05/2012      =  CERAMAH POLITIK BERSAMA YB DATUK SERI NIZAR JAMALUDIN DI KUALA (SABTU)             MENGKUANG.


JADUAL INI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KESEMASA.

Sunday 6 May 2012

10 Gangguan Syaitan Ketika Solat

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).


3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orangitu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).


5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan. Wallahualam.

sumber: Jom Berdakwah Di FB